Burnt Cheesecake Sedap Guna 5 Bahan Je

Phong Hong Bake & Cakes

Resepi : Burnt Cheesecake


Masa Penyediaan: 30minit - 1jam
Hidangan: 
4-6 Orang

Untuk resepi Basque Burnt Cheesecake yang hanya menggunakan 5 bahan, ikuti resepi perkongsian pengguna Facebook Norlela Abdullah ini yang telah mendapat sebanyak 5.8k shares!

Image via Facebook Norlela Abdullah Resepi Basque Burnt Cheesecake



Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kilogram keju krim (suhu bilik)
  • 300 gram gula halus
  • 7 biji telur
  • 500 gram whipped cream
  • 30 gram tepung gandum

Ikuti cara-cara membuatnya pula:

  1. Panaskan oven pada suhu 200°C.
  2. Sediakan bekas springform dan alaskan dengan kertas minyak (parchment paper).
  3. Balutkan bahagian luar bekas dengan pembalut aluminium pula.
  4. Putarkan cream cheese dengan gula halus sehingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan telur satu demi satu.
  6. Masukkan whipping cream dan gaulkan sehingga kembang.
  7. Ayakkan tepung gandum dan gaulkan sehingga sebati.
  8. Masukkan kek ke dalam bekas springform yang dialaskan dengan kertas minyak.
  9. Bakarkan kek pada 200°C selama 1 jam atau sehingga bahagian atas kek sudah bertukar menjadi warna coklat gelap.
  10. Biarkan kek sejuk di dalam ketuhar tanpa membuka pintu ketuhar.
Tips tambahan: Pasangkan setting api ketuhar kepada atas dan bawah. Pastikan kipas ketuhar juga ditutup.

Apabila Basque Burnt Cheesecake anda sudah siap, inilah hasilnya. Cantik, creamy dan sangat simple!
Sumber resepi: Norlela Abdullah
Adbox

@templatesyard