GULAI KUNING KUNYIT LENGKUAS

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

 Bahan bahan:
1 ekor ikan tongkol  hitam 
1/2 kg santan
1-2 keping asam keping
Garam kasar
Gula

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih 
5 tangkai cili kering - rebus atau 1 sudu besar cili kisar - untuk kuah kemerahan sahaja
1 1/2 inci lengkuas
1 1/2 inci kunyit hidup

Bahan hiasan:
Timun/kacang panjang
Lada hijau
Cili padi – jika suka

Cara cara;
Ikan direbus dengan 5-6 keping asam, segenggam garam dan ½ keping gula Melaka dengan air tenggelam ikan. Rebus sehingga air hampir kering. Ikan rebus mesti menpunyai rasa masam dan masin, baru lebih sedap.

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Nota: resepi asal bahan kisar dimasak dengan santan sehingga mendidih dan benar benar masak. Perlu selalu dikacau bagi mengelakkan santan berketul atau di rumah kami, dipanggil gulai "beku". 

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

Setelah terbit minyak, masukkan sedikit air dan kacau sehingga mendidih. Setelah mendidih, baru dimasukkan santan, asam keping, garam dan gula. 

Sentiasa dikacau sehingga santan mendidih untuk mengelakkan santan dari berketul. Boleh ditambah air jika terlalu pekat.

Setelah mendidih, baru dimasukkan ikan rebus, timun, lada hijau atau kacang panjang. Masukkan juga asam keping, garam dan gula.

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

Masak dengan api perlahan lama lama sehingga kuah pekat dan cantik terbit minyak. Sesuaikan rasa.

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih dan sambal sebagai nasi berlauk pagi.

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

Nota: 
Gulai ini lebih sedap jika ada rasa masin dan manis. Manakala ikan rebus pula mesti menpunyai rasa masin dan masam. 

Kredit Oleh: Azie Kitchen
Adbox

@templatesyard