SUP BELUT SEDAP DAN BERKHASIAT



RESEPI SUP BELUT 
Penawar pelbagai penyakit

5 ekor belut - siang dan cuci bersih -potong kecil2

1 biji bawang besar - potong baji
1 batang saderi - potong
1 biji tomato - belah 4
2 sudu besar bawang goreng
1 tangkai daun sup - cincang halus
1 biji kentang - potong kasar
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 sudu rempah sup
2 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
minyak untuk menumis
1/2 kiub pati ayam
1 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
1 liter air

Bahan kisar:


1 batang saderi

2 biji bawang merah
4 biji cili padi
1 biji bawang putih




Caranya:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang.
  2. Masukkan bahan kisar. Kacau rata.
  3. Masukkan air, kentang dan belut.
  4. Bila mendidih, masukkan rempah sup. Perlahankan api. Tunggu hingga kentang dan belut masak.
  5. Masukkan garam, gula, kiub pati ayam, bawang besar, tomato dan batang saderi.
  6. Sesuaikan rasa.
  7. Angkat, taburkan bawang goreng dan daun sup.


Siap dan hidang.


belut memang banyak khasiatnya. Untuk mencantikkan kulit dan menyembuhkan luka-luka dalaman.


Selain dibuat sup, belut boleh juga dimasak BELUT PAPRIK (UNTUK RESEPI ADA DI SINI). Memang sedap. nanti kami akan sharekan nak buat Belut Paprik ya.


Share dan tag kawan-kawan yang kaki belut.


kredit gambar : ruzitakitchen
Adbox

@templatesyard