NASI GORENG CILI MERAH

Nasi Goreng Cili Merah Yang Simple Dan Sedap

Nasi Goreng Cili Merah

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
2 biji telur
Garam
Ikan bilis - goreng garing

Bahan kisar kasar:
1 batang cili merah 
3-4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis ikan bilis sehingga garing. Angkat dan tos. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar kasar sehingga wangi. 

Ketepikan bahan tumis, tuangkan telur. Biarkan telur mengeras baru dituangkan nasi dan kacau rata. 

Masukkan garam secukup rasa. Bolehlah ditutup api. Sebelum dihidangkan, taburkan ikan bilis goreng. 

Nasi Goreng Cili Merah Yang Simple Dan Sedap

Nota:
Boleh letakkan juga sayuran seperti kacang panjang, karot jika suka. Saya tak letak kerana tiada stok. 

Kredit Oleh: Azie Kitchen
Adbox

@templatesyard