MEE HOO GORENG CILI KERING SIMPLE DAN SEDAP

Mee Hoon Goreng Cili Kering Simple dan Sedap

Mee Hoon Goreng
Hidangan: 3-4 Orang Makan
Masa Penyediaan: 30 minit

Bahan bahan:
1 1/2 pek mee hoon rice vermicelli 
4 ikat sayur Bok Choi
5-6 ekor sotong - atau apa yang disukai
3 - 4 biji telur
3 keping fish cake - opsyenal
2 sudu besar cili kering kisar - boleh tambah jika suka pedas 
1-2 sudu sos tomato - opsyenal
Garam
1 biji buah tomato

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
7-8 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis

Bahan hiasan:
1 tangkai cili merah
Daun bawang 
Bawang goreng

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili kering sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak dengan api perlahan.  

Mee Hoon Goreng Cili Kering Simple dan Sedap

Masukkan sedikit garam dahulu dan juga sedikit sos tomato. Boleh masukkan sedikit air dan kacau sehingga mendidih. 

Masukkan fish cake dan kacau rata. Masukkan sotong dan kacau seketika sahaja. Terus masukkan batang bok choi. 

Mee Hoon Goreng Cili Kering Simple dan Sedap

Masukkan mee hoon yabg telah direndam dan kacau rata. Masukkan daun Bok Choi dan kacau lagi. 

Ketepikan bahan dan tuang telur. Biar telur agak mengeras sedikit, baru dikacau bersama dengan mee hoon. 

Mee Hoon Goreng Cili Kering Simple dan Sedap

Masukkan garam secukupnya, buah tomato dan cili merah. Kacau sehingga mee hoon kelihatan berkilat dan berminyak. Bolehlah tutup api. 

Mee Hoon Goreng Cili Kering Simple dan Sedap

Sewaktu dihidangkan, tabur dengan daun bawang dan bawang goreng. 

Mee Hoon Goreng Cili Kering Simple dan Sedap

Nota:
Untuk melihat cara penyediaannya, boleh lihat di Azie Kitchen youtube channel di SINI


Oleh: Azie Kitchen
Adbox

@templatesyard